Khamis, 31 Mac 2011

Balasan Tak Solat..

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1.    Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1.    Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1.    Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Rabu, 30 Mac 2011

Anugerah yang terbaik dan terburuk


Anugerah terbaik: ucapan terima kasih

Hobi paling buruk: mengkritik

Kehilangan terbesar: kehormatan diri

Kerja paling berbaloi: bantu orang

Personaliti paling hodoh: bongkak

Spesis terancam: pemimpin yang berdedikasi

Sumber alam semulajadi terbaik: tenaga anak-anak muda

Suntikan paling syok: suntikan semangat

Masalah paling besar perlu diatasi: orang penakut

Ubat tidur terbaik: Ketenangan jiwa

Penyakit paling berbahaya: suka mengelat(buat kerja)

Kuasa paling kuat: Kasih sayang

Orang paling berbahaya: tukang umpat

Kawan paling bahaya: yg suka ambil kesempatan

Benda yang paling patut dibuang: sikap dengki

Benda yang paling patut kita ada: harapan

Kawan paling baik: orang alim

Harta terbaik: Iman

Cara berkomunikasi paling baik: Berdoa pada tuhan.....



p.s. aksesori paling cantik: mulut yg tersenyum. senyumla k =) !!

Funny How..

Imagine this happening to you.
One day during Jummah salah, a 1,000 member congregation was surprised to see two men enter, both covered from head to toe in black and carrying sub-machine guns. One of the men proclaimed,
"Anyone willing to take a bullet for Allah remain where you are."
Immediately, the congregation fled, and out of the 1,000 there only remained around 20.
The man who had spoken took off his hood, looked at the Imaam and said "Okay Maulana, I got rid of all the hypocrites. Now you may begin your sermon, and the two men turned and walked out. Too deep not to pass on...
Funny how simple it is for people to trash Allah, and then wonder why the world's going to hell. 

Funny how we believe
what the newspapers say,
but question what
the Quran says. 

Funny how everyone
wants to go to heaven
provided they do not have to believe,
think, say, or do anything the Quran says. 

Funny or is it scary?
Funny how someone can say
I believe in Allah" but still follow Shaitaan (who,by the way, also"believes"in Allah).

Funny how you can send a thousand 'jokes' through e-mail and they spread like wildfire,
but when you start
sending messages regarding Allah, people think twice
about sharing.

Funny how the lewd, crude, vulgar and obscene pass freely
through cyberspace, but the public discussion of
Allah is suppressed in the school and workplace.

Funny, isn't it? Funny how someone can be so fired up for Allah on Friday but be an invisible Muslim the rest of the week.
Are you laughing?

Funny how when you go to forward this message, you will not send it to many on your address list because you're not sure what they believe, or what they will think of you for sending it to them.

Funny how I can be more worried about what other people think of me than what Allah thinks of me.
Are you thinking?
Will you share this with people you care about?


Isnin, 28 Mac 2011

LUASNYA NERAKA...

Penulis "Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Sabtu, 26 Mac 2011

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan

Rasulullah SAW bersabda, "Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia,maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam."  Sabda Rasulullah SAW lagi, " Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita." Bila ditanya apakah hikmah, baginda menjawab, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata
ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah SAW, " Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s, maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud
kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.

Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan
membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan."

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
IKHTIBAR: JANGAN KITA SAMPAIKAN SESUATU YANG BELUM PASTI KEBENARANNYA

Khamis, 24 Mac 2011

Tempayan Retak...

      Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing
bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan,yang dibawa menyilang pada
bahunya.

      Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi
tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh
setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah
majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

     Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya
dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si
tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat
menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu
merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya
dapat memberikan setengah dari porsi yang seharusnya dapat diberikannnya.

    Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu
berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,dan
saya ingin mohon maaf kepadamu."

    "Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

    "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah porsi air dari
yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah
membuat air yang saya bawa bocor sepanjang  jalan menuju rumah majikan kita.
Karena cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

     Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin
kamu memperhatikan bunga-bunga indah di  sepanjang jalan."

     Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak Memperhatikan dan
baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu
membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih
karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak
itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

     Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan
adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di
sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu karena
aku selalu menyadari akan cacadmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam
benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita
berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua
tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja
majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, Majikan kita tak akan dapat
menghias Rumahnya seindah sekarang."

     Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua
adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan
kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada
yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah
kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Tuhan.

     Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan kita.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Selasa, 22 Mac 2011

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing



Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab,
" Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholeh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Isnin, 21 Mac 2011

It is not about BIG



In ten years time, please ponder about these:

1. It is not how big (grand) you hold your wedding! Ten years from now, most people will not ask you how grand your wedding celebration was held but they will ask you how is your marriage with your spouse and how many children you have?

2. It is not how big you organize your children's birthday parties! Ten years from now, your children will not ask you how grand their birthday parties were but they will ask you how often you cared or neglected them?

3. It is not how big (much) you spend on decorating (renovating) your home! Ten years from now, your neighbours will not ask you how much you spend on your home but they will ask you how come you are not always at home?

4. It is not how big you spend on your graduation day! Ten years from now, your fellow graduates will not ask you how much you spend on your graduation day but they will ask you what job are you doing now?

5. It is not how big your donation to a charity! Ten years from now, the charity you donated will not ask you how much you had donated but they will ask you if you can do it again?

6. It is not how big you give your wife! Ten years from now, your wife will not ask you how much you had spent on her but she will ask you how much "quality" time you spend with her?

7. It is not how big (big) your car was! Ten years from now, you colleagues will not ask you how big and powerful your car was but they will ask you "are you still keeping that old junk"?

8. It is not how big (a sacrifice) you made! Ten years from now, your boss will not ask how big a sacrifice you had made for the company but your boss will ask how much you will cost him (pension, medical benefits etc)..?

9. It is not how big (major / many?) you had sinned! Ten years from now, you will not ask yourself how big your sins were but ask this have I REPENT now!! ? (insya'allah)

10. It is not how big (the amount and or the time) you spend on ALLAH SWT!! In life hereafter, Allah Ta'ala will not ask or look at the amount (quantity) you spent or how big (important) a person you were but Allah Ta'ala will ask your true niat (intention).......... Is it really for Allah Ta'ala?

Dear brothers and sisters, Allah Ta'ala loves the Ibaadah of the servants which is "little" but everlasting with a "dash" of sincerity...so the question is not on quantity but the quality. Islam's emphasis on quality is understandable as we are the best ummah so before you decide to proceed on anything please bear this in mind......."IT IS NOT ABOUT BIG!"...


Ahad, 20 Mac 2011

Lelaki vs Wanita

sama2 lah kita renung sejenak dan berfikir...

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala
lelaki
menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih
banyak
memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat
menukarnya
menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan
besar
suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding
wanita.
Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya
berbeza
disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi
melahirkan
anak.

Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih
bersikap mudah mengikut kata hati, lebih
berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.
Apabila
mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih
menggunakan
pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih
pengamatan luas dan
membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu
kepada
sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh,
yang membuka,
menampakkan banyak benda.

Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara
kecil
sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan
kepada matlamat
utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila
berjalan
keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar
daripada
lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada
lesen
kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan
perempuan
ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan
make-up,
cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen,
pensel, ubat
sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku

telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana
wanita
memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh
berlaku.Mereka lebih peka
, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan
.Ini
bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada
lelaki, cukup dengan
lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat.
Duit
untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal
polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita.
Kerana
itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak
perkara secara
berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani
secara
berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja,
mereka terpaksa
keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap
bersungut.Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang
dibawa hanya kunci kereta,
masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri.
Matlamat
mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang
anak bawa ke
sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai
baju lagi,
anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan
semua benda,
kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana
kesudahannya? Biar
lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si
isteri,
apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat
banyak benda
dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain
ini
dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain,
selepas
berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si
suami yang
menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak
membeli
sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan
membeli. Membeli
belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti
perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu
berbeza
daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli
belah,
jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan
putus asa
melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk
kereta.
Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan
berbagai lagi
untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh,
sebaliknya bagi
saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita
lebih
berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara
berkasih sayang
antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah
tangga
berpuluh tahun Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita
itu , maka
kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya
saling
sayang menyayangi